10 May 2017

Jenis-jenis Gemuk...



Assalammualaikum...

Hari nie sis nk kongsi jenis-jenis gemuk..Adakah anda tergolong dalam golongan yang gemuk? gemuk yang bagaimana? Sebenarnya, ada beberapa jenis kegemukan, yang boleh dikenalpasti dari beberapa ciri fizikal.Jom kenali jenis kegemukan supaya kita tahu cara untuk mengatasi nya.




Ciri-ciri gemuk daging
  • Badan berasa berat dan pejal.
  • Mudah penat melakukan tugas harian
  • badan dan otot terasa pejal bila di pegang
KELEBIHAN & KEKURANGAN : Gemuk daging jenis gemuk ini agak susah nak turunkan berat badan dan mengambil masa yg lama nak capai berat badan ideal. Tetapi jgn bimbang, biar lambat asalkan selamat. Kelebihanya ialah, apabila kurus badan anda tidak mengalami lebihan daging yg terlalu ketara.




Ciri-ciri gemuk air
  • badan menggelembir dan lembik
  • badan terasa 'berkocak' dan lemak terasa bergerak semasa melompat atau bergerak
  • cepat mengah apabila melakukan aktiviti fizikal
KELEBIHAN & KEKURANGAN : Gemuk air paling mudah kurus. Dengan sedikit bantuan aktiviti senaman 3 kali seminggu dan diet pemakanan yg seimbang anda mampu turun lebih banyak dari mereka yg mengalami masalah gemuk daging & angin. Namun, apabila anda kurus rata-rata akan mengalami masalah lebih daging yang ketara. Senaman memejalkan bahagian badan sangat penting untuk membentuk badan lebih firm selain pengambilan makanan yg tinggi protein





Ciri-ciri gemuk angin
  • kerap sendawa atau kentut
  • mudah loya, sakit kepala dan migrain serta sebu perut
  • pantang salah makan, mudah mendapat angin satu badan
KELEBIHAN & KEKURANGAN : Gemuk angin adalah seperti gemuk air. Mudah untuk kurus. Tetapi perutnya sangat sensitif dan kena berhati-hati memilih makanan. Badan jenis gemuk angin cenderung sembab tetapi lampung bila dipicit. Apabila kurus, badan kelihatan kecut. Pengambilan makanan tinggi protein bagus untuk membina otot semula






Ciri-ciri gemuk Lemak

•Rangka besar
•Suka makan karbohidrat
•Badan berasa berat dan pejal.
•Mudah penat apabila melakukan tugas harian
•Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
•Proses penurunan melalui perpeluhan 
•Cuba picit bahagian lengan tangan, kalau merasa pejal dan padat, tahniah anda gemuk lemak.. :)



No comments:

Post a Comment